Rabu, 3 November 2010

Kelebihan Genius Extra

GeniusXtra Mind & Soul
Produk Makanan Minda Terkini AFTL - GeniusXtra Mind & Soul.
Penggunaan Teknologi VNP AFTL dipermudahkan lagi dalam bentuk pil homeopathy. Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajam ingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semua peringkat usia.

Kebaikan GeniusXtra
Bersahsiah insan, tenang, fokus, berkeyakinan, penghasil pembelajaran berkesan, cemerlang akademik, pencapai wawasan
pendidikan (JERIS). - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sahsiah yang seimbang, mudah direalisasikan!
Diperbuat daripada bahan berasaskan gula sukrosa yang diadun dengan mineral semulajadi seperti Ferrum, Kalsium, Kalium, Magnesium & Natrium. Ini adalah Sumber Utama yang sangat diperlukan dalam memberi keseimbangan kepada Minda & Tubuh.
Penghayatan Teknologi VNP AFTL menghasilkan bioelektrik tambahan berserta getaran ketenangan yang menjadikan Minda Laju memproses data, mengingat & mengimbas kembali maklumat yang diperolehi dengan pantas kerana:
  • Tenaga Hayat tubuh meningkat sehingga memperbaiki fungsi otak daripada normal 5% – 10% kepada lebih 10%. Lebih tenaga untuk berfikir, lebih terbuka pemikiran dan lebih berketerampilan.
  • Memperbetul dan memperkuat “Laluan Bioelktrik Tubuh” daripada mendatar kepada menegak, satu keadaan di mana secara fizikalnya, “Tenaga Terangkat ke atas”, hati, minda, komunikasi, pendengaran, penglihatan dan sistem saraf tubuh menjadi selaras dan selari, harmoni, tepat dan laju.
  • VNP AFTL - tenaga “hening” yang “menstabil” semua keadaan.
Keberkesanan GeniusXtra
  • Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.
  • Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.
  • Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.
  • Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.
  • Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.
  • Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.

Cara Pengambilan
Disyorkan bagi permulaan pengambilan GX, pada 3 hari yang pertama, untuk kesan lebih baik, ambil 1.5 liter air mineral, masukkan 21 biji GX dan dibiarkan larut selama 8 jam. Kemudian baru diminum. Air tersebur perlu dihabiskan dalam masa 1 hari. Pada hari ke-4, gunakan menu yang disarankan. * Rujukkan menu aturan pengambilan dilampirkan di akhir halaman.
Cara pengambilan biasa, dihisap atau dikemam bawah lidah sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Untuk kesan yang terbaik, bacakan doa mengikut agama masing-masing, atau niat, atau fokus terhadap sasaran kejayaan anak atau pengguna, sebelum atau semasa mengambil GX.
  • Elakkan mengambil minuman berkafien, teh , kopi, air gas atau nescafe sekurang-kurangnya ½ jam sebelum dan selepas mengambil GX.
  • Jangan disimpan di dalam peti sejuk atau di tempat yang panas, atau terdedah kepada sinaran matahari, atau berhampiran barangan elektrik.
  • Jangan dipegang dengan tangan. Gunakan sudu atau penutup botol.
  • Tiada masalah jika tergoncang tetapi jangan dengan sengaja menggoncang dengan terlalu kuat.
  • Pastikan tempat simpanan tiada bau-bauan yang kuat.

Testimonial

Berjaya Mendapat 8A.
Saiful Ammar, Pelajar UTHM, Batu Pahat, Johor

Saiful Ammar memang seorang yang agak pintar sejak kecil. Dahulu ketika berumur 12 tahun beliau berjaya mendapat 5A untuk peperiksaan UPSR. Tetapi ketika beliau sudah memasuki sekolah menengah, akibat terpaksa berpindah sekolah, beliau menghadapi "kejutan budaya" dan prestasi akademiknya mula menurun.
Keputusan peperiksaan akhir tahun sebelum PMR agak teruk. Menyedari itu, walaupun sibuk dengan kerjaya, kedua ibu bapa beliau turut membantu dengan menggalakkan beliau menggunakan produk-produk AFTL. Dua minggu sebelum peperiksaan PMR peningkatan besar dalam pelajarannya dapat dilihat. Keputusannya, beliau berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR tersebut. Kini beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran di UTHM.


Berubah sikap, makin rajin mengaji dan solat.
Pn. Marni, Suri rumah, Subang, Selangor

Anak lelaki saya pelajar Tahun 5 berubah sikap menjadi seorang yang rajin mengaji, solat dan mendengar kata, setelah mengunakan GeniusXtra Mind & Soul. Malah saya sendiri pula sering “menjadi sebutan” di kalangan sahabat, jiran dan sanak saudara sejak menggunakan formulasi ini. Kini saya berasa lebih bertenaga lebih-lebih lagi dengan kandungan yang makin sarat dan mengurus anak.
Terima kasih kepada Pengasas Teknologi VNP AFTL, dengannya kehidupan mengurus anak-anak menjadi lebih mudah.


Si kecil sudah cekap mengenal ABC.
En. Rosly Abdul Rahman, Bercham, Ipoh, Perak

Anak saya umur 2 tahun 4 bulan semakin cekap dan tepat kenal huruf A hingga Z dan abjad 1 hingga 10 selepas 1 bulan mengambil Geniusxtra. Semakin hari semakin petah bertanya soalan yang menunjukkan kematangan melebihi umurnya. Terima kasih kepada Geniusxtra.
 

Dah pandai bangun Subuh, tanpa disuruh.

Cikgu Sukri, Jerteh, Terengganu

Selepas 2 hari makan GeniusXtra, anak perempuan saya yang berusia 11 tahun pandai bangun pagi dan terus solat subuh TANPA disuruh. Biasanya susah sikit nak solat... Memang susah. GeniusXtra sungguh luarbiasa. Terima kasih kepada Pengasas AFTL.


Testimonial seterusnya .........http://www.aftl.my/index.php?p=testimonial